Majlis Menandatangani MoU HDF - MyHUMANITARIAN
- ADMIN HDF MALAYSIA
- Feb 22, 2024
- 1 min read

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Humanitarian Development Foundation (HDF) dengan Malaysian Humanitarian Movement (MyHUMANITARIAN) telah diadakan pada 15 Februari 2024 bertempat di Dynasty Hotel, Miri, Sarawak.
Majlis yang diadakan bersempena Majlis Makan Malam MyHUMANITARIAN itu dihadiri oleh Y.Brs Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC), Y.Bhg Datuk Hjh Hatipah binti Ibrahim, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YB Datuk Dennis Ngau, Adun Telang Usan, Kepimpinan MyHUMANITARIAN, Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Para Sukarelawan MyHUMANITARIAN.
Pada majlis ini, Y.Bhg Encik Khairul Annuar bin Mansor sebagai Presiden MyHumanitarian mewakili pihak MyHUMANITARIAN manakala pihak HDF diwakili oleh Y.Bhg Tn. Hj. Muzhafar Shairazi bin Mohammad selaku Ketua Eksekutif HDF. Melalui MoU ini, HDF akan bekerjasama dan membantu pihak MyHUMANITARIAN di dalam perlaksanaan Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Telang Usan, Miri, Sarawak antaranya kajian, penerbitan dan latihan.
Buat masa ini, Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih sedang dilaksanakan di Kg Long Watt dan Kg. Long Suling dengan penglibatan para sukarelawan dari seluruh Malaysia. Perlaksaan ini melibatkan MyHUMANITARIAN, Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC), Pusat Khidmat Masyarakat N77 Telang Usan dan juga HDF. Projek kali ini dijangka siap menjelang sebelum perayaan Aidilfitri.










Comments